top of page

CHAIRMAN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam Malaysia Madani. 

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan yang diberi oleh pihak Bumiputera Business Excellence kepada saya untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Bumiputera Business Excellence. 

Bumiputera Business Excellence adalah platform yang bertujuan untuk memperkuatkan kesatuan dan kemajuan syarikat Bumiputera yang berdedikasi untuk menggalakkan kecemerlangan, memupuk kerjasama dan mendorong pertumbuhan ekonomi yang mampan di Malaysia. Di BBE, tumpuan utama kami adalah menanamkan budaya peningkatan berterusan dan membantu syarikat Bumiputera dengan pengetahuan, sumber dan rangkaian yang diperlukan untuk berkembang dalam persekitaran perniagaan yang penuh dengan persaingan hari ini. 

Syukur Alhamdulillah, telah ramai usahawan yang telah menerima anugerah sejak 3 tahun lepas terdiri daripada Perusahaan Kecil Sederhana (SME), Syarikat Tersenarai Awam (PLC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang telah diberi pengiktirafan atas kejayaan mereka dalam industri perniagaan yang mereka ceburi yang kini telah mengukir nama di persada dunia. Saya berharap lebih banyak usahawan Bumiputera yang menonjolkan syarikat mereka dengan menunjukkan prestasi yang luar biasa dalam mengembangkan jenama syarikat, mencipta inovasi dan mencapai kejayaan dalam industri masing-masing termasuk usahawan mikro. 

Kerjasama adalah penting buat pihak BBE untuk memupuk hubungan di antara usahawan Bumiputera bagi memperbesarkan kejayaan individu dan mencipta daya kolektif yang boleh mendorong perubahan positif. Saya percaya dengan adanya program seperti Bumiputera Business Excellence Forum yang akan diadakan pada 16 Mei dan 22 Ogos 2024 dan disambung pula dengan Bumiputera Business Excellence Awards Edisi-4, usahawan Bumiputera dapat kelebihan melalui perkongsian ilmu, latihan professional, jaringan hubungan, peluang perniagaan dan diiktiraf oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. 

Saya sungguh bersemangat tentang perjalanan yang menanti Bumiputera Business Excellence bagi tahun 2024. Marilah kita bersama-sama membentuk masa depan di mana perniagaan Bumiputera menjadi sinonim kepada kecemerlangan. Mari kita cipta warisan yang akan memberi inspirasi kepada generasi yang akan datang. 

Terima Kasih atas dedikasi dan sokongan anda. 

"Menjuarai Kecemerlangan, Meraikan Kebersamaan" 

IMG_4808 copy.png

Dato' Dr. Muhamad Iqbal Mohamad 
Pengerusi BBEA

bottom of page